CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 25, 2009

Anda di sebalik nama...


Nama-nama Islam Lelaki dan Perempuan

Berikut maksud nama saudara-maraku...

Syafiq -
Penyayang ( Syafiq sayang banget sama abg Faiz)
Syahmi -
Yang mulia, berani , bijak ( jangan berani melawan mama sudahle)
Alif -
Yang mesra, kawan rapat (Alif anak Kak Long memang ramah n mesra)
Azman -
Cita-cita, tekad (semoga berjaya capai cita-cita)
Azmi -
Cita-citaku, tekadku (masa kecil Azmi kata nak jadi Nik Aziz)
Alya -
Tempat yg tinggi, puncak gunung, langit (masa kecilpanjat tangga abah Ma)
Hasbullah -
Jaminan Allah ( semoga berjaya)
Faiz -
Yang berjaya (insyaallah)
Ridhwan -
Keredhaan ( semoga mendapat redhaNya)
Rahimi -
Kesayanganku (kesayangan Tok Wannya)
Ruzaini -
Tempat ketenteramanku ( kat Sepakatlah, mana lagi)
Izzat -
Kemuliaan, keagungan, kekuatan (semoga berjaya dlm PMR)
Ismail -
nama Nabi (semoga berjaya di Dusun Tua)
Nazmi -
Keindahanku, bintangku (mestilah hensem ikut mak jahkan)
Haziq -
Yang cerdik, pandai (insyaallah kalau tengok dahi tu)
Hisyam -
kemurahan hati (he,he jangan hati je yg murah, poket kena murah juga)
Muslim -
yang menyerah diri/yg beragama Islam (Semoga berjaya)
Mustafa -
Yang terpilih
Maimun -
Yang diberkati
Adibah -
Berpengetahuan (nampak gayanya mcm tu lah, selalu dpt anugerah dekan)
Fadhilah -
Yang mulia, utama
Hanisah -
yang bertakwa (insyaallah)
Halimah -
Yg lemah lembut, penyabar, bersopan (moga2)
Hasyimah -
Yg bersopan, yg pemurah (betul,betul,betul)
Khairun Nisaa' -
Sebaik-baik wanita (insyaallah)
Najah -
Kejayaan (semoga berjaya jual brg vantage)
Rafidah -
Pemberi, pembantu
Rahimah -
Pengasih, penyayang (ya, betullah Mak Teh)
Rabi'atul Adawiah -
Nama wanita yg zuhud dan warak (Insyaallah)
Syimah -
peribadi, tabiat, kebiasaan (tabiatnya suka memasak)

Wednesday, July 22, 2009

Xinjiang- Kawasan Etnik Ugyhur


Friday, June 19, 2009

Mengapa Lanun Somalia Mengganas?


Lanun-lanun Somalia muncul setelah perairan sekitar negara mereka iaitu Teluk Aden diceroboh oleh kapal-kapal nelayan asing untuk menangkap ikan yang banyak di perairan tersebut secara haram. Nelayan-nelayan Somalia yang marah telah bertindak membentuk kumpulan lanun untuk dan bertindak ganas terhadap kapal-kapal yang melalui perairan tersebut yang merupakan laluan perkapalan yang sibuk di dunia. Kini kegiatan lanun tersebut semakin meluas dan mendatangkan hasil yang amat lumayan buat mereka. Walaupun banyak tentera laut dari pelbagai negara berada di perairan Teluk Aden untuk membenteras kegiatan tersebut, namun mereka tidak gentar lantaran senjata dan peralatan yang canggih serta tarikan utamanya iaitu wang tebusan yang amat lumayan.

Thursday, May 28, 2009

Rompin Fest Kembali Jun 2009


Sila kunjungi Rompin Fest 2009.

Wednesday, May 13, 2009

Majlis Ringkas Khatam Al-Quran Kakak

Bilalah aku nak khatam ni? Dah mengantuk tunggu...
Kakak bersama ustazah dan rakan-rakan mengaji

11 Mei 2009, kakakku telah tamat belajar mengaji Al Quran hari ini. Satu majlis ringkas diadakan di rumah Uncle Aziz tempat kami belajar mengaji. Bila pulak aku nak khatam ni?

Wednesday, May 6, 2009

National Space Challenge 2009


28 April 2009 kami menyertai kuiz National Space Challenge di SK Taman Melati. 50 soalan berkaitan sains angkasa perlu dijawab oleh murid-murid tahun empat. Emm...susah juga. Gambar menunjukkan peserta sekolahku. Hensem tak?

Thursday, April 23, 2009

Nisa dan Rabbani


Minggu lepas, aku ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC...Beli buku sikit. Terjumpa kumpulan Rabbani berhampiran booth Ana Muslim. Gambar menunjukkan Nisa berlatarbelakangkan kumpulan Rabbani.