Saturday, February 28, 2009
Thursday, February 19, 2009
Cita-cita Saya
Cita-cita saya hendak jadi cikgu. Dulu saya nak jadi polis. tapi saya takut kena tembak. Jadi cikgu susah nak kena tembak.
Posted by syah at 5:06 AM 0 comments
Saturday, February 14, 2009
Di celah-celah kehidupan
Saya manja dengan emak saya sebab tu dipanggil kulat kememe. Setiap pagi emak akan kejutkan saya, mandikan saya serta pakaikan saya baju sekolah sambil saya berbaring macam baby nak pakai lampin pakai buang.
Abang dan kakak saya ketika berusia seperti saya sekarang iaitu 8 tahun, semuanya berdikari. Setiba di sekolah emak saya pada jam 7.05 pagi, selepas punch card, emak akan menunggu saya menaiki bas ke sekolah agama.
Jika emak tidak menemani saya menunggu bas, saya akan 'buat perangai' buruk. Saya pernah mencampak beg dari dalam bas. Saya mencampak songkok ke luar ketika bas bergerak dan pelbagai karenah lagi. Driver bas, akan mendukung saya untuk naik ke dalam bas jika saya enggan naik dan menyorok di balik tembok atau pokok.
Saya juga suka boros berbelanja. Saya pernah membeli 7 botol air mineral sekaligus untuk diberi kepada kawan-kawan. Saya akan menulis jumlah harga makanan rakan-rakan ke dalam buku akaun ibu saya di sekolah.
Saya pun tak tau bila saya akan berubah...
Posted by syah at 3:20 AM 0 comments