CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 28, 2009

Refrigerator Magnets










Friday, March 27, 2009

Saya menang tanpa politik wang






Gambar saya sukan. Saya menang pingat emas acara lari berganti-ganti untuk murid tahun 2. Saya juga dapat gangsa untuk acara sukaneka. Kakak dapat hadiah acara 200m, lompat jauh, 4X100m dan 4X200m. Kakak kalah dan dapat no 4 acara lari berpagar 80m kerana terjatuh sebab licin baru lepas hujan.

Sunday, March 22, 2009

Tak Percaya


Ayah kata, kalau aku dapat 5A dalam peperiksaan hujung tahun ni atau dapat naik Al Quran sebelum bulan Jun tahun ni, ayah nak beli kereta ni untuk aku. Aku macam tak percaya je.

Friday, March 13, 2009

Aku Malu

12 dan 13hb Mac 2009 sukan tahunan kali ke 12 sekolah saya. Saya terpilih untuk mewakili kelas saya bagi acara lari berganti-ganti 4X50m dan acara sukaneka terompah gergasi. Acara saya iaitu bagi murid-murid tahap satu dijalankan pada 12hb. Group saya memenangi pingat emas dalam acara 4X50m dan pingat gangsa bagi acara terompah gergasi.

Esoknya setelah acara bagi murid tahap 2 tamat, saya dengan penuh bangga menayangkan dua butir pingat saya itu kepada kakak saya. Apa yang memalukan saya adalah apabila kakak saya membalas tayangan tersebut dengan 10 butir pingatnya (termasuk pingat tahun lalu)...Emm malu, menyesal pula kerana tunjuk lagak.