CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 13, 2009

Aku Malu

12 dan 13hb Mac 2009 sukan tahunan kali ke 12 sekolah saya. Saya terpilih untuk mewakili kelas saya bagi acara lari berganti-ganti 4X50m dan acara sukaneka terompah gergasi. Acara saya iaitu bagi murid-murid tahap satu dijalankan pada 12hb. Group saya memenangi pingat emas dalam acara 4X50m dan pingat gangsa bagi acara terompah gergasi.

Esoknya setelah acara bagi murid tahap 2 tamat, saya dengan penuh bangga menayangkan dua butir pingat saya itu kepada kakak saya. Apa yang memalukan saya adalah apabila kakak saya membalas tayangan tersebut dengan 10 butir pingatnya (termasuk pingat tahun lalu)...Emm malu, menyesal pula kerana tunjuk lagak.

0 comments: