CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

Mengapa Lanun Somalia Mengganas?


Lanun-lanun Somalia muncul setelah perairan sekitar negara mereka iaitu Teluk Aden diceroboh oleh kapal-kapal nelayan asing untuk menangkap ikan yang banyak di perairan tersebut secara haram. Nelayan-nelayan Somalia yang marah telah bertindak membentuk kumpulan lanun untuk dan bertindak ganas terhadap kapal-kapal yang melalui perairan tersebut yang merupakan laluan perkapalan yang sibuk di dunia. Kini kegiatan lanun tersebut semakin meluas dan mendatangkan hasil yang amat lumayan buat mereka. Walaupun banyak tentera laut dari pelbagai negara berada di perairan Teluk Aden untuk membenteras kegiatan tersebut, namun mereka tidak gentar lantaran senjata dan peralatan yang canggih serta tarikan utamanya iaitu wang tebusan yang amat lumayan.

0 comments: